Saturday, 29 October 2016

Manisnya Kejayaan...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah setelah mengharungi pelbagai dugaan cabaran dan stress...eh,negatif je kan semuanya..biasanya itulah yang kita pandang...kita lupa dalam setiap yang pahit tu ada manisnya.

Mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar + bekerja + sarat mengandung + ibu anak tiga + isteri cun dan mithali.. eh.eh... bukanlah suatu yang mudah...
Namun Alhamdulillah Allah hadiahkan suami yang pasang telinga jer dengar isteri membebel, cepat naik angin sbb stress + hormone xtentu sebab mengandung (asyik2 perangai buruk salahkan hormone), ibu bapa dan ibu bapa mertua yang sangat membantu dan mendoakan, anak-anak yang rela berkorban masa bermanja, adik beradik dan kawan2 yg sangat2lah supportive dan banyak berkongsi pengalaman dan ilmu2 mereka, dan semua2 lah termasuklah lecturer2 hinggalah staff2 upm, dan amoi kedai Photostat ( kedai LUCKY STAR, memang murah kedai ni)..tak lupa juga semua kakitangan boss2 BKKM, KKM, tempat saya berkhidmat sepanjang belajar..

Ucapan agak panjang lebar kerana tidak terungkap kata2 betapa terasa kemanisannya setelah penat berusaha...


USAH DIRENUNG PENATNYA BERUSAHA, RENUNGLAH MANISNYA KEJAYAAN...

Kini saya sedang berusaha keras untuk mengusahakan produk rempah kami, turun temurun dari ibu saudara tercinta, pengasas rempah selising. Rempah kami adalah rempah resipi asli jenama Rempah Selising... Rempah Selising, Pengikat Kasih Keluarga Bahagia..








No comments:

Post a Comment