Saturday, 29 October 2016

Resipi Kerutuk

assalamualaikum...




Meh saya kongsi resipi kerutuk!!!
Kesedapan sesuatu makanan tu bergantung pada rempahnya...Rempah Kerutuk jenama #rempahselising memang dijam...in terbaik..dihasilkan dari bahan mentah kelas 1 dan dihasilkan dengan teknik rahsia tersendiri dari pengasas Rempah Selising...beza memang berbeza...cuba dulu, dan rasai keenakkan masakan kerutuk menggunakan jenama rempahselising!!


Cara memasak #kerutuk menggunakan Rempah Kerutuk jenama Rempah Selising


Untuk setengah ekor ayam (60g) rempah:
1) Tumis 5-6 ulas bawang merah kecil dan 3 ulas bawang putih dan sehingga garing.
2) Campurkan rempah kerutuk yang dikisar dengan sedikit air,5 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih dan tumis bersama bawang yang telah garing.
3) Masukkan daging/ayam dan teruskan menumis sehingga 'naik/pecah minyak' dan 'kering air' ayam /daging dan masukkan sedikit air asam jawa, garam dan gula melaka secukup rasa. **utk ayam, setelah 'kering air', keluarkan ayam utk elakkan ayam hancur. Masukkan kembali ayam setelah selesai langkah no 4.
GUNAKAN API KECIL.
4) Masukkan secawan air dan secawan santan dan gaul rata. Kacau sehingga menggelegak. (kecilkan api).


TAK KIRA APA JUA CARA MASAK ANDA, HASIL KERUTUK ANDA PASTI MEMANG SEDAP DENGAN MENGGUNAKAN REMPAH KERUTUK KELUARAN KAMI. ORIGINAL RESIPI REMPAH SELISING!!


Arwa Dina binti Ghazali
Pengusaha Rempah Selising
0129146897
#resipikerutuk
#kerutuk
#rempahselising
#peskuzi
**gambar masakan kerutuk sumber internet




Resipi Ayam Bakar

Assalamualaikum..


Teringin nk makan ayam bakar tp xd oven...xper, bakar jer guna pemanggang ajaib atau kuali non stick..pastu tutup jer bahagian atas kuali tu..kecilkan api...nih akak payung resipi ayam bakar tersedap!!mudah ajoooo....asalkan guna #rempahselising pasti sedap..




Cara perap ayam bakar menggunakan #rempahselising
---->>>SATU PAKET REMPAH SELISING (40g) BOLEH PERAP 2 EKOR AYAM<<----- promosi sepaket 60g selagi stock masih ada!!!


Untuk seekor ayam:
1) setengah paket rempah ayam bakar dikisar bersama sebiji bawang holland, sebiji tomato, seinchi halia, sedikit madu, garam secukup rasa, dan sesudu minyak sapi.
2) perap selama 30 minit
3) sedia dibakar...
sodappppp!!!rahsianya resipi rempah terhebat lahh!!!




Arwa Dina Binti Ghazali
Perusahaan Rempah Selising
0129146897
#pengikatkasihkeluargabahagia
#ayambakar




Manisnya Kejayaan...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah setelah mengharungi pelbagai dugaan cabaran dan stress...eh,negatif je kan semuanya..biasanya itulah yang kita pandang...kita lupa dalam setiap yang pahit tu ada manisnya.

Mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar + bekerja + sarat mengandung + ibu anak tiga + isteri cun dan mithali.. eh.eh... bukanlah suatu yang mudah...
Namun Alhamdulillah Allah hadiahkan suami yang pasang telinga jer dengar isteri membebel, cepat naik angin sbb stress + hormone xtentu sebab mengandung (asyik2 perangai buruk salahkan hormone), ibu bapa dan ibu bapa mertua yang sangat membantu dan mendoakan, anak-anak yang rela berkorban masa bermanja, adik beradik dan kawan2 yg sangat2lah supportive dan banyak berkongsi pengalaman dan ilmu2 mereka, dan semua2 lah termasuklah lecturer2 hinggalah staff2 upm, dan amoi kedai Photostat ( kedai LUCKY STAR, memang murah kedai ni)..tak lupa juga semua kakitangan boss2 BKKM, KKM, tempat saya berkhidmat sepanjang belajar..

Ucapan agak panjang lebar kerana tidak terungkap kata2 betapa terasa kemanisannya setelah penat berusaha...


USAH DIRENUNG PENATNYA BERUSAHA, RENUNGLAH MANISNYA KEJAYAAN...

Kini saya sedang berusaha keras untuk mengusahakan produk rempah kami, turun temurun dari ibu saudara tercinta, pengasas rempah selising. Rempah kami adalah rempah resipi asli jenama Rempah Selising... Rempah Selising, Pengikat Kasih Keluarga Bahagia..