Assalamulaikum...
Alhamdulillah sudah selesai laksanakan hari pertama berpuasa, semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita insan yang lebih baik dari sebelumnya..
5 tahun menjadi guru, akhirnya terpaksa melepaskan jawatan guru, demi anak2...dan sekarang sekali lagi, setelah bertanya pendapat mama dan baba,pendapat suami, dan atas beberapa pertimbangan, demi anak2, terpaksa juga saya lepaskan jawatan di tempat kerja baru di kl..
Pesan suami saya, yakinlah, rezeki itu datang dari Allah...minta sahaja darinya...amalkan dhuha,yakin dengan kekuatan dhuha,amalkan surah al waqiah setiap kali selepas isya', pasti kita akan murah rezeki,bussiness pun pasti lebih maju dan berjaya...Insya Allah..yang penting amalkan dan yakin...(entry seterusnya nanti saya kongsikan kelbihan amalan dhuha dan surah al waqiah)
**jangan risau kalau anda cuma bekerja dari rumah, pastikan anda ada pendapatan sendiri jugak, buat bussiness, daftar SSM, buat akaun syarikat.. ini semua pengganti slip gaji anda kalau nk buat loan kan.. :)
Entry seterusnya saya akan cerita bagaiman nak buat loan bagi mereka yang bekerja sendiri (saya tak galakkan buat loan, cuma kongsi cara sahaja bagi mereka yang mahu tahu, dan saya juga mahu kongsi cara beli rumah tanpa loan!!ada petuanya ;) semoga kita tergolong di kalangan orang yang beli rumah tanpa perlu buat loan ni)
No comments:
Post a Comment