Sunday, 29 June 2014

Nasihat seorang suami..

Assalamulaikum...

Alhamdulillah sudah selesai laksanakan hari pertama berpuasa, semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita insan yang lebih baik dari sebelumnya..

5 tahun menjadi guru, akhirnya terpaksa melepaskan jawatan guru, demi anak2...dan sekarang sekali lagi, setelah bertanya pendapat mama dan baba,pendapat suami, dan atas beberapa pertimbangan, demi anak2, terpaksa juga saya lepaskan jawatan di tempat kerja baru di kl..

Pesan suami saya, yakinlah, rezeki itu datang dari Allah...minta sahaja darinya...amalkan dhuha,yakin dengan kekuatan dhuha,amalkan surah al waqiah setiap kali selepas isya', pasti kita akan murah rezeki,bussiness pun pasti lebih maju dan berjaya...Insya Allah..yang penting amalkan dan yakin...(entry seterusnya nanti saya kongsikan kelbihan amalan dhuha dan surah al waqiah)

**jangan risau kalau anda cuma bekerja dari rumah, pastikan anda ada pendapatan sendiri jugak, buat bussiness, daftar SSM, buat akaun syarikat.. ini semua pengganti slip gaji anda kalau nk buat loan kan.. :)

Entry seterusnya saya akan cerita bagaiman nak buat loan bagi mereka yang bekerja sendiri (saya tak galakkan buat loan, cuma kongsi cara sahaja bagi mereka yang mahu tahu, dan saya juga mahu kongsi cara beli rumah tanpa loan!!ada petuanya ;) semoga kita tergolong di kalangan orang yang beli rumah tanpa perlu buat loan ni)


Saturday, 28 June 2014

Kenapa Dina, Dinar, dan Dnars?

Assalamualaikum...selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi SAW...ini pertama kali menulis di dalam blog,bermakna pertama kali juga menulis satu catatan dengan harapan orang ramai akan sentiasa teruja untuk ikuti penulisan kita...tak tahu apa yang perlu ditulis kerana aku bukanlah orang yang pandai menyusun kata dan mengatur bicara agar sentiasa sedap didengar dan apa yang disampaikan "sampai" dengan tepat ke hati dan fahaman pembaca...taip delete,taip delete...akhirnya yg kamu semua baca ni la yang saya tulis..hehhe...sampaikan tahap nak guna ganti nama apa pun aku masih terfikir2...banyak yang perlu dipertimbangkan,kononnya nak bentuk imej blog ni la..formal baru nampak matang dan berwibawa..hehhe..tak pe la kita guna ganti nama sesedap rasa...hmmm..aku bukanlah pembaca blog dan kurang gemar membaca blog,tapi itulah kan..orang cakap apa yg kita tak suka tu la yang kita terpaksa buat akhirnya.. ;p. Kenapa terpaksa?hehe...keperluan "kerjaya" baru ku...:). Terus terang sahaja, demi dua orang puteri comelku, dan atas beberapa pertimbangan yang wajar, aku ambil keputusan untuk menjadi Stay At Home Mom istilah baru kot yang lebih glemer mungkin atau dengan kata lain housewife ;)...tapi, aku xnak jadi housewife yg xkerja, aku kerja, cuma kerja dari rumah :). Saya adalah dealer untuk Public Gold (saya percaya, emas adalah suatu yg sangat bernilai dan tidak akan merugikan), saya juga agen Dnars Skincare (produk ni memang terbaik!!nanti saya cerita bagaimana boleh mula terjebak dengan dnars dan sekaligus terjebak dengan bussiness online ni), .tapi...saya cuma boleh consult tentang dnars skincare kerana saya adalah pengguna setia dan agen dnars hampir 3 tahun! tak pernah saya begitu setia dengan suatu produk ;).Dan ....saya juga agen kepada beberapa barangan kecantikan dan kesihatan lain..dan saya juga sedang mengeluarkan selendang jenama sendiri (selendang jenama Arwa). Pendek kata, blog ni memang untuk tujuan bussiness saya. Dan yang paling penting, saya nak berkongsi dengan semua tentang ilmu tentang pelaburan emas!Nama saya Arwa Dina, saya jual Dnars, dan saya sangat berminat dengan Dinar. Sesuailah nama blog ni Dina, Dinar, dan Dnars. Semoga semuanya di bawah keberkatan Ilahi...

sila lah like saya https://www.facebook.com/pages/Dnars-Skincare/249346465188668?ref=hl

dan https://www.facebook.com/pages/ARWA-Health-and-Beauty-Station/333619943441751?ref=hl